Tabung Hati

Wednesday, July 31, 2013

Beriftar Jamaie

Salam Ramadhan.

Hah dah 23 Ramadhan 1434H. Maknanya Ramadhan makin meninggalkan kita. Subhanallah. Cepat masa berlalu tanpa kita sedari. Siang..Malam..Siang..Malam, tengok-tengok dah habis Ramadhan. Semoga hari berbaki Ramadhan ini, kita dapat speed up ibadat untuk mengejar keberkatan bulan ini. Tapi, bulan lain jangan tinggalkan ibadah pula ye :)

Sebenarnya, banyak jemputan aku terima. Bak kata Irma Hasmie, "Bulan Ramadhan adalah  Bulan Gathering dan Bulan Ukhuwah". Haish, betul jugak. Kalau ikutkan list event dekat facebook tu, dalam seminggu, at least 4 jemputan diterima. Tapi keinginan untuk berbuka puasa dengan keluarga tu lebih kuat sebab next year ta sempat dah. Sampai ke minggu akhir raya pun masih ada kelas. Ya Allah, kuatkan hati ini untuk menerima dugaan. :)

Dalam kesibukan Ramadhan sempat jugaklah beronggeng dengan dua budak comel ni. Cik Hanim dan Cik Anis.  Sahabat sampai Syurga. InsyaAllah.

Betullah orang kata, kalau Allah takdirkan kita bertemu, kita bertemu jua walaupun dah lama menghilang. related kepada cerita penulis dengan Cik Hanim ini. Kami pernah belajar di tadika sesama. Kawan karib tadika time tu. After abis tadika, semua bawa hala tuju sendiri. Mana nak contact lagi sebab dulu takdenya sematpon, facebook, twitter mak bagai ni. Dulu kan tulis biodata dalam buku comel-comel tu. Suweet.
Ok, sambung cerita, aku berjumpa balik dengan Cik Hanim ini after join kem alumni sekolah lama aku. Memang lepas tu rapatla sangat. Teringat pulak kisah-kisah dan memori lama masa tadika. Haippp.

Sorang lagi Cik Anis. Cik Anis ni kalau ikutkan profil, matrik bersama tapi tak pernah jumpa masa matrik. Yela. Mana nak jumpa, sorang bidang sains , sorang bidang akaun. Memang susah kat matrik tu. Ok, yang cik mek molek ni pon jumpa dengan kem tu jugak. Mulalah rapat selepas beberapa edisi aktiviti anjuran kem tu. Lebih menambahkan rempah ratus dalam persahabatan ialah kami ditempatkan di sebuah universiti yang sama. Selalu je lepak rumah dia kalau time boring. Dulu susah sebab takde si Qudwah. Haiiihhhhh.

Ukhuwah tu senang pupuk tapi nak cari ukhuwah sampai syurga susah. Harapnya merekalah jiran aku di syurga selepas famili dan bakal suami aku.

Mereka ini adalah nyawa aku. Hehehe (Sedikit hiperbola di sini). Walaupun aku jauh dari mereka berdua tapi memang tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat mereka berdua walaupun kawan-kawan di universiti tu ramai. tak sama! tak sama!

Ini sajalah post kali ini. Wasalam. Nanti next post, kita cerita pasal Elective Posting Research ye !!



Ni Cik hanim. Cik Anis ini limited edition ok.

No comments:

Post a Comment