Tabung Hati

Tuesday, July 30, 2013

Langkah MendekatiNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ( Ceh, skema giler)..

Setelah berbulan lamanya tidak menjenguk ke sekolah, hari ini gagahkan juga ke sekolah. Gagahkan untuk berjumpa cikgu-cikgu dan jumpa suasana sekolah yang memang asing dari fikiran dan imaginasi. Mungkin rasa masuk sekolah yang tak pernah difikirkan.

Soalan pertama yang sampai ke cochlear sampai eardrum setibanya langkah kaki pertama:

"Dah nak kahwin ke sampai bertudung labuh macam ini?"

"Mana ______ (nama Si Penulis) yang stylo giler? rock giler?"

"Ada pape rahsia ke pakai tudung labuh ni?'

Mungkin senyuman saja yang boleh menjawab persoalan dari orang yang banyak berjasa. Tidak menyakitkan hati dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi dari orang di luar itu.

Bertudung labuh bukan bererti anda akan kahwin, bukan bererti sikap giler-giler anda hilang. Dan bukan perlu menjadi orang pape, tapi ia adalah satu langkah untuk covering aurah. Nak Allah sayang, kita kena ikut peraturan DIA kan. Kan sweet :)

Saya start menjadi Team Khemah sejak 2 Mac 2012. Mungkin ini hadiah untuk ibu. Sehari selepas birthday ibu, hidayah itu menyapa tanpa diduga. Hidayah perlu dicari, bukan ditunggu. Namun, bagi saya hidayah itu saya tunggu selama 4 bulan lebih tetapi disebabkan Allah sayang hambanya (esp: saya), DIA bagi juga hidayah kepada saya. Alhamdulillah.

Cerita pasal penghijrahan saya, bolehlah singgah blog ini  http://officialsiniacakap.blogspot.com/2012/03/kisah-sidia.html .. Sekadar sharing sahaja :)


Untuk mereka yang mahu berhijrah ke Tudung Labuh:
1) Jangan takut dengan kata-kata orang, lama-lama mereka senyap.
2) Jangan terasa kolot apabila memakai pakaian yang ta update semata-mata nak covering aurah :)



No comments:

Post a Comment