Tabung Hati

Thursday, August 15, 2013

Past is Past


"Tiada insan suci tanpa dosa pada masa lalu, Tiada insan berdosa yang gelap masa depannya.." -SHN


"Don't cry over the past because past makes us strong and help to realize that past is just a part of tomorrow"-Penulis


"Make the past past"-Penulis


Setelah seminggu lebih rehat dari conteng-conteng kat sini, hari ini terpaksa perah otak nak coretkan something. Aku rasa post ini sangat teruk.Aigoo. 


Semua orang pernah lalui masa silam. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang masam kot.  Kadang-kadang masa apabila orang lain sebut pasa masa silam, air mata akan bercucuran macam tengok cerita korea kot.haiihh...

Jika kita pandang orang itu atas masa silamnya, maka, kita silap! Ok.one more time SILAP!  Sebab masa silam itu hanya perjalanan dan masa depan adalah tujuan kita. Dulu,mungkin dia seorang yang tidak berapa baik, tapi sekarang nyata dia jadi insan yang lebih baik. Betapa kuatnya dia untuk hidup di masa ini dan melupakan masa silamnya. Mane tahu, disebabkan kita yang selalu memandang masa silamnya,dia kembali kepada masa silamnya. Betapa berdosanya kita? Kita hadir dalam hidup dia untuk menolong dia melupakan masa silamnya bukan terus menghukumnya.


Untuk mereka yang pernah ada masa silam yang pahit:

"Zaman Kejahilan kepada Zaman Sinar Islam'





"Putus Cinta? Putus Tunang?"

"Zaman Gelap kepada Zaman Kegemilangan"

Percayalah, Allah hadirkan masa silam kepada kita hanya untuk menguji kita dan melihat betapa kuatnya kita. Kuat untuk kita menangani masa silam kita. Kuat untuk hidup dalam masa silam dan menuju masa depan kita.  Jangan berasa untuk give up. Hidup dan enjoylah dengan masa silam tu. Yeah..Kita enjoy dulu. 

Satu sahaja prinsip aku :

" Tak bermakna apabila aku ada masa silam yang teruk, aku takde masa depan yang cerah dan membahagiakanku" 



Friday, August 2, 2013

Review Iklan Raya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anyway dah 24 Ramadhan 1424H. Tinggal tolak tambah 5 hari untuk Ramadhan berakhir. Okeh, hari ini nak tulis/coret post pasal  review iklan Hari Raya 2013. Jom kita try review beberapa iklan raya. Jom~~

1) Iklan Raya Maxis 2013


Yang ini bagi aku paling favourite.Iklan ini kisah pasal seorang remaja bandar yang pulang ke kampung untuk berhari raya bersama nenek, datuk dan mungkin keluarga saudaranya. Remaja ini terpengaruh dengan fenomena remaja sekarang iaitu kaya dengan gadjet dan benda-benda teknologi. Tindakan sepupunya yang bijak untuk mengajak remaja ini merasai hari raya aidilfitri  dengan switch off wifi di rumahnya. Apa yang terjadi? Nak tahu, tekan PLAY je. Hehehe


2) Iklan Raya Samsung 2013


Iklan ni selalu dipaparkan di TV3 tapi banyak cut sebab kos tayangannya kot. Iklan ini pasal pengorbanan seorang ibu. Dari anak-anak kecik lagi ibu banyak berkorban untuk anak-anaknya sehingga semuanya berjaya dan hidup senang. Namun, anak-anak beliau tetap mengingati ibu mereka dengan 'melaburkan' duit untuk ibu mereka. Tetapi bukan itu yang ibu mahukan. Apa yang ibu mereka mahukan? apa kaitan dengan cantuman gambar-gambar oleh ibunya. Jom tengok.

3) Jahit-Petronas 2013



Iklan ini amat popular dalam kalangan facebooking or TV3. Yang ini pun pasal pengorbanan seorang ibu tunggal untuk membayar yuran anaknya dan memastikan anaknya berjaya. Apakah pengorbanan si ibu ini? nak taw, sila tengok...


4) Iklan Raya Proton 2013




Iklan ini memaparkan tema 1 Malaysia gak. Menariklah jugak. Nak tahu ape cerita proton dengan bas sekolah? tekan PLAY sekali lagi...hehehe

5) Iklan Raya TM 2013


Yang ni paling best. Budak chubby yang comel sangat cuba untuk berpuasa penuh tahun ini. Comel sangat. Jom kita layan karenah budak comel ni.

Bagi aku, time raya, ni jela yang paling aku tunggu. Iklan Raya. Nak harapkan duit angpau memang tak dapatla. Dah jadi emak orang da. Ok, have fun :)