Tabung Hati

Friday, August 2, 2013

Review Iklan Raya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anyway dah 24 Ramadhan 1424H. Tinggal tolak tambah 5 hari untuk Ramadhan berakhir. Okeh, hari ini nak tulis/coret post pasal  review iklan Hari Raya 2013. Jom kita try review beberapa iklan raya. Jom~~

1) Iklan Raya Maxis 2013


Yang ini bagi aku paling favourite.Iklan ini kisah pasal seorang remaja bandar yang pulang ke kampung untuk berhari raya bersama nenek, datuk dan mungkin keluarga saudaranya. Remaja ini terpengaruh dengan fenomena remaja sekarang iaitu kaya dengan gadjet dan benda-benda teknologi. Tindakan sepupunya yang bijak untuk mengajak remaja ini merasai hari raya aidilfitri  dengan switch off wifi di rumahnya. Apa yang terjadi? Nak tahu, tekan PLAY je. Hehehe


2) Iklan Raya Samsung 2013


Iklan ni selalu dipaparkan di TV3 tapi banyak cut sebab kos tayangannya kot. Iklan ini pasal pengorbanan seorang ibu. Dari anak-anak kecik lagi ibu banyak berkorban untuk anak-anaknya sehingga semuanya berjaya dan hidup senang. Namun, anak-anak beliau tetap mengingati ibu mereka dengan 'melaburkan' duit untuk ibu mereka. Tetapi bukan itu yang ibu mahukan. Apa yang ibu mereka mahukan? apa kaitan dengan cantuman gambar-gambar oleh ibunya. Jom tengok.

3) Jahit-Petronas 2013



Iklan ini amat popular dalam kalangan facebooking or TV3. Yang ini pun pasal pengorbanan seorang ibu tunggal untuk membayar yuran anaknya dan memastikan anaknya berjaya. Apakah pengorbanan si ibu ini? nak taw, sila tengok...


4) Iklan Raya Proton 2013




Iklan ini memaparkan tema 1 Malaysia gak. Menariklah jugak. Nak tahu ape cerita proton dengan bas sekolah? tekan PLAY sekali lagi...hehehe

5) Iklan Raya TM 2013


Yang ni paling best. Budak chubby yang comel sangat cuba untuk berpuasa penuh tahun ini. Comel sangat. Jom kita layan karenah budak comel ni.

Bagi aku, time raya, ni jela yang paling aku tunggu. Iklan Raya. Nak harapkan duit angpau memang tak dapatla. Dah jadi emak orang da. Ok, have fun :)

No comments:

Post a Comment