Tabung Hati

Friday, July 26, 2013

Ramadhan

After 17 hari Ramadhan lalu, baru menggedik nak ucap Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selepas berhempas dengan   anak dan suami exam dan research, akhirnya boleh tenang berpuasa di rumah bersama family. Tahun ini berpeluang puasa di rumah tapi tahun depan memang di kampus la nampak gayanya!!

Post kali ini nak share pasal Bazar Ramadhan pulak. Tempat yang paling glamor time-time Ramadhan ini. Untuk tuan punya otak kiri ini, bertuah ok sebab dapat berkunjung di EMPAT buah Bazar Ramadhan dalam masa 17 hari. Jom tengok lokasi-lokasi Bazar- Bazar Ramadhan ini kot-kot ada yang nak datang..

1) Bazar Ramadhan Kota Bharu






Ni letaknya dekat dengan Stadium Muhammad ke-IV. Kat sini makanan dia beraneka jenis dan sedap giler sebab segala restoran dan hotel yang sedap giler semua akan turun ke Bazar Ramadhan ini. Yang paling menjadi feveret ialah Yati Ayam Percik. Kelemahannya ialah PARKING. Pusing 6 kali ke atas baru dapat masuk Bazar Ramadhan. Tapi sumpah ta rugi!!


2) Bazar Ramadhan Kuala Terengganu





Selama 2 hari kat kampus, sempat pergi dua tempat Bazar Ramadhan. Usaha giler cari juadah. First, dekat Dataran Syahbandar dan yang kedua  dekat  Pantai Batu Buruk. Compare antara dua ini, lebih memilih Dataran Syahbandar.Banyak pilihan dan murah sedikit. Yang feveret di sini ialah jus naga dan jus mempelam. sedap!!! Tapi kalau rasa malas nak drive dari kampus, baik pergi bazar kat Pantai Batu Buruk. Dekat walaupun kena korbankan duit RM2 untuk 5 biji Buah Melaka. Tak mampu cek!!



3)Bazar Ramadhan Pasir Puteh




Sempat berkunjung time ber"Research" kat Pasir Puteh. Lokasinya betul-betul belakang Pantai Timur punya shopping. Tak dapat nak share sgt tapi tertarik dengan cara attraction sebuah kedai minuman ini. Memang abis duit beli air kiwi.:)



4) Bazar Ramadhan Pasir Mas


Orang kata lebih elok mengenal tempat asal-usul dulu dari mengenal tempat orang lain, so here, bawakkan untuk anda-anda Bazar Ramadhan Pasir mas. Tak payah pilihan sikit.Tapi yang istimewa ialah penjual mereka tampak lebih beriman kerana memakai kopiah.


Haish, itu sajalah yang dapat dishare di sini. Lain kali, lain cerita pulak ye.

Pesanan penaja :
1) Bersederhanalah ketika membeli belah juadah tetapi tamaklah ketika beribadat kepada Allah. :)

2) Banyakkan amalan ketika Ramadhan ini dan continue di bulan-bulan lain. InsyaAllah.






No comments:

Post a Comment