Tabung Hati

Thursday, August 15, 2013

Past is Past


"Tiada insan suci tanpa dosa pada masa lalu, Tiada insan berdosa yang gelap masa depannya.." -SHN


"Don't cry over the past because past makes us strong and help to realize that past is just a part of tomorrow"-Penulis


"Make the past past"-Penulis


Setelah seminggu lebih rehat dari conteng-conteng kat sini, hari ini terpaksa perah otak nak coretkan something. Aku rasa post ini sangat teruk.Aigoo. 


Semua orang pernah lalui masa silam. Ada yang manis, ada yang pahit, ada yang masam kot.  Kadang-kadang masa apabila orang lain sebut pasa masa silam, air mata akan bercucuran macam tengok cerita korea kot.haiihh...

Jika kita pandang orang itu atas masa silamnya, maka, kita silap! Ok.one more time SILAP!  Sebab masa silam itu hanya perjalanan dan masa depan adalah tujuan kita. Dulu,mungkin dia seorang yang tidak berapa baik, tapi sekarang nyata dia jadi insan yang lebih baik. Betapa kuatnya dia untuk hidup di masa ini dan melupakan masa silamnya. Mane tahu, disebabkan kita yang selalu memandang masa silamnya,dia kembali kepada masa silamnya. Betapa berdosanya kita? Kita hadir dalam hidup dia untuk menolong dia melupakan masa silamnya bukan terus menghukumnya.


Untuk mereka yang pernah ada masa silam yang pahit:

"Zaman Kejahilan kepada Zaman Sinar Islam'





"Putus Cinta? Putus Tunang?"

"Zaman Gelap kepada Zaman Kegemilangan"

Percayalah, Allah hadirkan masa silam kepada kita hanya untuk menguji kita dan melihat betapa kuatnya kita. Kuat untuk kita menangani masa silam kita. Kuat untuk hidup dalam masa silam dan menuju masa depan kita.  Jangan berasa untuk give up. Hidup dan enjoylah dengan masa silam tu. Yeah..Kita enjoy dulu. 

Satu sahaja prinsip aku :

" Tak bermakna apabila aku ada masa silam yang teruk, aku takde masa depan yang cerah dan membahagiakanku" 



Friday, August 2, 2013

Review Iklan Raya 2013

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Anyway dah 24 Ramadhan 1424H. Tinggal tolak tambah 5 hari untuk Ramadhan berakhir. Okeh, hari ini nak tulis/coret post pasal  review iklan Hari Raya 2013. Jom kita try review beberapa iklan raya. Jom~~

1) Iklan Raya Maxis 2013


Yang ini bagi aku paling favourite.Iklan ini kisah pasal seorang remaja bandar yang pulang ke kampung untuk berhari raya bersama nenek, datuk dan mungkin keluarga saudaranya. Remaja ini terpengaruh dengan fenomena remaja sekarang iaitu kaya dengan gadjet dan benda-benda teknologi. Tindakan sepupunya yang bijak untuk mengajak remaja ini merasai hari raya aidilfitri  dengan switch off wifi di rumahnya. Apa yang terjadi? Nak tahu, tekan PLAY je. Hehehe


2) Iklan Raya Samsung 2013


Iklan ni selalu dipaparkan di TV3 tapi banyak cut sebab kos tayangannya kot. Iklan ini pasal pengorbanan seorang ibu. Dari anak-anak kecik lagi ibu banyak berkorban untuk anak-anaknya sehingga semuanya berjaya dan hidup senang. Namun, anak-anak beliau tetap mengingati ibu mereka dengan 'melaburkan' duit untuk ibu mereka. Tetapi bukan itu yang ibu mahukan. Apa yang ibu mereka mahukan? apa kaitan dengan cantuman gambar-gambar oleh ibunya. Jom tengok.

3) Jahit-Petronas 2013



Iklan ini amat popular dalam kalangan facebooking or TV3. Yang ini pun pasal pengorbanan seorang ibu tunggal untuk membayar yuran anaknya dan memastikan anaknya berjaya. Apakah pengorbanan si ibu ini? nak taw, sila tengok...


4) Iklan Raya Proton 2013




Iklan ini memaparkan tema 1 Malaysia gak. Menariklah jugak. Nak tahu ape cerita proton dengan bas sekolah? tekan PLAY sekali lagi...hehehe

5) Iklan Raya TM 2013


Yang ni paling best. Budak chubby yang comel sangat cuba untuk berpuasa penuh tahun ini. Comel sangat. Jom kita layan karenah budak comel ni.

Bagi aku, time raya, ni jela yang paling aku tunggu. Iklan Raya. Nak harapkan duit angpau memang tak dapatla. Dah jadi emak orang da. Ok, have fun :)

Wednesday, July 31, 2013

Beriftar Jamaie

Salam Ramadhan.

Hah dah 23 Ramadhan 1434H. Maknanya Ramadhan makin meninggalkan kita. Subhanallah. Cepat masa berlalu tanpa kita sedari. Siang..Malam..Siang..Malam, tengok-tengok dah habis Ramadhan. Semoga hari berbaki Ramadhan ini, kita dapat speed up ibadat untuk mengejar keberkatan bulan ini. Tapi, bulan lain jangan tinggalkan ibadah pula ye :)

Sebenarnya, banyak jemputan aku terima. Bak kata Irma Hasmie, "Bulan Ramadhan adalah  Bulan Gathering dan Bulan Ukhuwah". Haish, betul jugak. Kalau ikutkan list event dekat facebook tu, dalam seminggu, at least 4 jemputan diterima. Tapi keinginan untuk berbuka puasa dengan keluarga tu lebih kuat sebab next year ta sempat dah. Sampai ke minggu akhir raya pun masih ada kelas. Ya Allah, kuatkan hati ini untuk menerima dugaan. :)

Dalam kesibukan Ramadhan sempat jugaklah beronggeng dengan dua budak comel ni. Cik Hanim dan Cik Anis.  Sahabat sampai Syurga. InsyaAllah.

Betullah orang kata, kalau Allah takdirkan kita bertemu, kita bertemu jua walaupun dah lama menghilang. related kepada cerita penulis dengan Cik Hanim ini. Kami pernah belajar di tadika sesama. Kawan karib tadika time tu. After abis tadika, semua bawa hala tuju sendiri. Mana nak contact lagi sebab dulu takdenya sematpon, facebook, twitter mak bagai ni. Dulu kan tulis biodata dalam buku comel-comel tu. Suweet.
Ok, sambung cerita, aku berjumpa balik dengan Cik Hanim ini after join kem alumni sekolah lama aku. Memang lepas tu rapatla sangat. Teringat pulak kisah-kisah dan memori lama masa tadika. Haippp.

Sorang lagi Cik Anis. Cik Anis ni kalau ikutkan profil, matrik bersama tapi tak pernah jumpa masa matrik. Yela. Mana nak jumpa, sorang bidang sains , sorang bidang akaun. Memang susah kat matrik tu. Ok, yang cik mek molek ni pon jumpa dengan kem tu jugak. Mulalah rapat selepas beberapa edisi aktiviti anjuran kem tu. Lebih menambahkan rempah ratus dalam persahabatan ialah kami ditempatkan di sebuah universiti yang sama. Selalu je lepak rumah dia kalau time boring. Dulu susah sebab takde si Qudwah. Haiiihhhhh.

Ukhuwah tu senang pupuk tapi nak cari ukhuwah sampai syurga susah. Harapnya merekalah jiran aku di syurga selepas famili dan bakal suami aku.

Mereka ini adalah nyawa aku. Hehehe (Sedikit hiperbola di sini). Walaupun aku jauh dari mereka berdua tapi memang tiada sesiapa yang boleh menggantikan tempat mereka berdua walaupun kawan-kawan di universiti tu ramai. tak sama! tak sama!

Ini sajalah post kali ini. Wasalam. Nanti next post, kita cerita pasal Elective Posting Research ye !!



Ni Cik hanim. Cik Anis ini limited edition ok.

Tuesday, July 30, 2013

Langkah MendekatiNYA

Assalamualaikum dan salam sejahtera. ( Ceh, skema giler)..

Setelah berbulan lamanya tidak menjenguk ke sekolah, hari ini gagahkan juga ke sekolah. Gagahkan untuk berjumpa cikgu-cikgu dan jumpa suasana sekolah yang memang asing dari fikiran dan imaginasi. Mungkin rasa masuk sekolah yang tak pernah difikirkan.

Soalan pertama yang sampai ke cochlear sampai eardrum setibanya langkah kaki pertama:

"Dah nak kahwin ke sampai bertudung labuh macam ini?"

"Mana ______ (nama Si Penulis) yang stylo giler? rock giler?"

"Ada pape rahsia ke pakai tudung labuh ni?'

Mungkin senyuman saja yang boleh menjawab persoalan dari orang yang banyak berjasa. Tidak menyakitkan hati dan tidak menimbulkan sebarang spekulasi dari orang di luar itu.

Bertudung labuh bukan bererti anda akan kahwin, bukan bererti sikap giler-giler anda hilang. Dan bukan perlu menjadi orang pape, tapi ia adalah satu langkah untuk covering aurah. Nak Allah sayang, kita kena ikut peraturan DIA kan. Kan sweet :)

Saya start menjadi Team Khemah sejak 2 Mac 2012. Mungkin ini hadiah untuk ibu. Sehari selepas birthday ibu, hidayah itu menyapa tanpa diduga. Hidayah perlu dicari, bukan ditunggu. Namun, bagi saya hidayah itu saya tunggu selama 4 bulan lebih tetapi disebabkan Allah sayang hambanya (esp: saya), DIA bagi juga hidayah kepada saya. Alhamdulillah.

Cerita pasal penghijrahan saya, bolehlah singgah blog ini  http://officialsiniacakap.blogspot.com/2012/03/kisah-sidia.html .. Sekadar sharing sahaja :)


Untuk mereka yang mahu berhijrah ke Tudung Labuh:
1) Jangan takut dengan kata-kata orang, lama-lama mereka senyap.
2) Jangan terasa kolot apabila memakai pakaian yang ta update semata-mata nak covering aurah :)



Friday, July 26, 2013

Ramadhan

After 17 hari Ramadhan lalu, baru menggedik nak ucap Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan. Selepas berhempas dengan   anak dan suami exam dan research, akhirnya boleh tenang berpuasa di rumah bersama family. Tahun ini berpeluang puasa di rumah tapi tahun depan memang di kampus la nampak gayanya!!

Post kali ini nak share pasal Bazar Ramadhan pulak. Tempat yang paling glamor time-time Ramadhan ini. Untuk tuan punya otak kiri ini, bertuah ok sebab dapat berkunjung di EMPAT buah Bazar Ramadhan dalam masa 17 hari. Jom tengok lokasi-lokasi Bazar- Bazar Ramadhan ini kot-kot ada yang nak datang..

1) Bazar Ramadhan Kota Bharu






Ni letaknya dekat dengan Stadium Muhammad ke-IV. Kat sini makanan dia beraneka jenis dan sedap giler sebab segala restoran dan hotel yang sedap giler semua akan turun ke Bazar Ramadhan ini. Yang paling menjadi feveret ialah Yati Ayam Percik. Kelemahannya ialah PARKING. Pusing 6 kali ke atas baru dapat masuk Bazar Ramadhan. Tapi sumpah ta rugi!!


2) Bazar Ramadhan Kuala Terengganu





Selama 2 hari kat kampus, sempat pergi dua tempat Bazar Ramadhan. Usaha giler cari juadah. First, dekat Dataran Syahbandar dan yang kedua  dekat  Pantai Batu Buruk. Compare antara dua ini, lebih memilih Dataran Syahbandar.Banyak pilihan dan murah sedikit. Yang feveret di sini ialah jus naga dan jus mempelam. sedap!!! Tapi kalau rasa malas nak drive dari kampus, baik pergi bazar kat Pantai Batu Buruk. Dekat walaupun kena korbankan duit RM2 untuk 5 biji Buah Melaka. Tak mampu cek!!



3)Bazar Ramadhan Pasir Puteh




Sempat berkunjung time ber"Research" kat Pasir Puteh. Lokasinya betul-betul belakang Pantai Timur punya shopping. Tak dapat nak share sgt tapi tertarik dengan cara attraction sebuah kedai minuman ini. Memang abis duit beli air kiwi.:)



4) Bazar Ramadhan Pasir Mas


Orang kata lebih elok mengenal tempat asal-usul dulu dari mengenal tempat orang lain, so here, bawakkan untuk anda-anda Bazar Ramadhan Pasir mas. Tak payah pilihan sikit.Tapi yang istimewa ialah penjual mereka tampak lebih beriman kerana memakai kopiah.


Haish, itu sajalah yang dapat dishare di sini. Lain kali, lain cerita pulak ye.

Pesanan penaja :
1) Bersederhanalah ketika membeli belah juadah tetapi tamaklah ketika beribadat kepada Allah. :)

2) Banyakkan amalan ketika Ramadhan ini dan continue di bulan-bulan lain. InsyaAllah.






Siapa Cik Hati

Setelah sekian lama jari jemari ini tidak menari-nari atas pentas keyboard, hari ini they will perform for "ADEQ" which until today i neva answer his question. Bukanlah mengelak untuk berbicara, tetapi tiada "hidayah" untuk dijadikan asbab. . Mohon maaf  "ADEQ"kerana banyak sangat soalan yang dihimpun selama ini tidak dijawab. Moga perkongsian ringkas ini menjadi inspirasi bagi yang sudi.

ADEQ,
Jalan untuk jadi doctor bukan tengok pada kebanggaan.
Org lain sendiri yang bangga dengan kita yang ada Dr depan nama kita..
But?
For us?
Bangga ke?
Berat adalah..
Three principles untuk muslim@ muslimah yang bakal bergelar DR atau sudah jadi DR.
..Rendah diri..Kenal Diri.. Abdikan Diri padaNYa...


INI LANGKAHKU

Bermula langkah dengan UPSR 5A, PMR 9A dan kecundang masa SPM 8A ( ADEQ faham cerita akan hari itu) melayakkan saya ke Alexandria University in Medicine dan UIA. Bidang yang saya sendiri tade dalam impian. :)

Langkah diatur ke Kolej Matrikulasi Perlis walaupun 99% yang menghalang. Hati ingin ke sana kerana sikap saya yang suka buat ape yang orang lain marah. Hopefully perangai ini akan hilang now. InsyaAllah.

Setahun belajar di matrikulasi bukan tempat untuk berfoya-foya dan bermain mata. Hidup yang diibaratkan antara mati dan hidup. Jika kamu berjaya di matrik, berjayala. Tapi jika kamu kecundang, susah. That is what my sis had said to me and that is the tip that i carry wif me for a year.

Hanya Allah yang tahu apa yang terbaik untuk kita dan dia telah tetapkan apa yang sesuai untuk kita.  Semua rancangan tidak menjadi kenyataan.  Saya kecundang untuk 6 bulan semasa sisa-sisa hidup di matrik. Hampir menarik diri dari matrik. Allah uji saya dengan kesakitan yang agak kritikal. Membataskan pergerakanku sebagai students n skip class for 6 months. :)

Benarlah kata Ibu, " Allah sayang kita walaupun kita selalu lupa dia".. Event itu yang menyebabkan saya kembali padaNya. Allah memberi saya apa yang saya rancang tanpa saya usaha. Result yang membolehkan saya memilih bidang perubatan sebagai langkah seterusnya(atas pilihan ibu papa). Saya lupakan impian untuk standing thru ENGINEERING but teruskan niat ke alam medic yang saya benci sangat. Saya akui saya lemah untuk menghafal semua fakta.  Saya lebih suka bermain dengan Matematik dan Fizik. Dan saya akui all my siblings semua terlibat dalam bidang engineering but only me yang tercampak ke bidang Medic. Semuanya ada hikmah~~

CINTA UNISZA

Merangkak ke UniSZA sebagai budak skema agak tough. Sangat tough. Dibenci semua budak-budak Dip dan yang paling penting competition dengan budak-budak lepasan Asasi UM dan Asasi UiTM. Nyata hebat-hebat belaka. Saya kerdil di sana. Lepasan Matrik especially K.Matrikulasi Perlis yang majornya Akaun. Menangis dalam hiba (menda eh) sebab :

1) Saya ta minat Medic
2) Saya down dan tertekan dengan kondisi budak Medic...

Everythin smooth as we don't eva expert it.. Allah mahu saya di bidang tersebut dan Allah lahirkan kejayaan untuk saya di situ.  Alhamdulillah..

Keadaan menyebabkan saya berubah. Keadaan yang menyebabkan saya belajar erti dakwah. Keadaan yang mengajar saya berjinak-jinak dalam Daie..

Untuk adik3 dan sesape reader, perkara paling penting dalam hidup ialah HABLUL MINNALLAH dan HABLLUMINNA NAS (Khusus; Ibu papa, saya akan calling ibu atau papa saya setiap kali bangun tidur, habis kelas then nak tidur-semua yang terjadi walaupun sekadar membeli roti gardenia di 7-Eleven akan saya cerita) dan USAHA. That is the way kita go on dengan life kita.

InsyaAllah~~